BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 26, 2009

Are you sleeping......??

Artikel ini bukanlah berkaitan dengan lagu anak2 `are you sleeping brother john’ atau makanan kegemaran ramai roti john

Tapi sekadar berkongsi pendapat dan idea berkaitan salah satu masalah sukar tidur dalam hidup manusia



Tidak semua orang pernah mengalami masalah ini tapi bagi mereka yang pernah mengalaminya pasti berasa amat sulit untuk tidur di waktu malam

Bila malam menjelma pasti menimbulkan kerisauan buat mereka2 yang susah tidur malam ini

Secara ringkasnya, susah tidur malam sering dikaitkan dengan Insomia


Tapi adakah anda insomnia apabila anda susah tidur malam?

Sejauh manakah tahap insomnia anda bila jam 4 pagi waktu Malaysia anda masih bergolek2 di atas katil tak dapat tidur?


Adakah insomnia ini bahaya?


Dan macam mana insomnia in boleh terjadi?haaaa….jom kita terjah…


Insomia ini belum jelas sama ada penyakit atau hanya simptom yang terjadi kepada seseorang disebabkan faktor2 tertentu





Selalunya seseorang yang insomnia ini sering mengalami
· Sulit tidur di waktu malam
· Sering terjaga apabila sudah tidur tak kira sudah bermimpi atau belum
· Tapi susah untuk tidur kembali apabila sudah terjaga
· Walaupun mata tidak mengantuk tetapi badan berasa sangat lemah dan penat

Kenapa individu ini terjebak dengan insomnia?


Adakah tidak cukup makan?


Adakah katilnya tidak cukup empuk?


Atau pun tidak cukup kasih sayang dari jiran tetangga?
·



Individu sering mengalami masalah sulit tidur boleh disebabkan oleh stress akibat masalah di tempat kerja atau di sekolah
· Akibat kerana terlalu memikrkan masalah tersebut menyebabkan dia tidak lena tidur dan akan memberi kesan pada malam2 seterusnya
· Keadaan kesihatan yang terjejas dapat menyebabkan sukar tidur juga
· Atau pengambilan ubat2 atau makanan2 yang menyebabkan dia terus segar sepanjang malam
· Seperti Nescafe,kukubima angur di warkop dan sebagainya.
· Gangguan emosi dan fizikal tidak termasuk gangguan mental
· Jadual tidur yang lintang pukang seperti tidur siang yang berlebihan dapat mengakibatkan sesorang itu sulit tidur pada malamnya





Insomnia dapat terbahagi atau membahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2


Insomnia tahap 1 adalah kesulitan tidur di malam hari tanpa mengalam masalah kesihtan yang kronik


Insomnia tahap 2 sering dikaitkan dengan penyakit2 berat seperti jantung,migraine,asma dan sebagainya



Tahap keseriusan insomnia ini bergantung kepada individu sendiri tetapi dapat memberi kesan buruk pada kesihatan dan mengakibatkan keletihan, kelesuan dan hilang fokus sewaktu bekerja atau belajar

Tips dari cikgu Leman dan keluarga cara untuk memudahkan anda tidur:


Hindari pengambilan kafein(kopi,teh, soda,cokelat), dekongestan, alkohol and tobako.


Belajar menangani stress dalam hidup anda tidak kira macam mana caranya


Jangan gunakan waktu sebelum tidur untuk memikirkan masalah hidup atau masalah kewangan Negara. Cari waktu lain contohnya waktu selepas makan malam untuk memikirkan masalah2 hidup anda dan masalah kewangan Negara Thailand tapi jika anda bukan warganegara Thai anda dinasihatkan supaya tidak memikirkan masalah kewangan negara tersebut





Cuba makan snek2 ringan sebelum tidur tapi jangan makan terlalu banyak snek nanti insomnia anda sudah hilang tetapi anda menghadapi diabetes pula





Jangan tidur di tengah hari jika ia dapat mengakibatkan insomnia anda bertambah buruk tambahan jika waktu itu anda berada di penjabat,boleh mengakibatkan anda dibuang kerja kerana tidur waktu pejabat





berdasarkan artikel diatas jelaslah kepada kita bahawa(macam karangan darjah 6 plak)

hindari gejala tidak boleh tidur malam tambahan jika anda mempunyai kepentingan untuk sihat dan segar di siang hari sama ada untuk bekerja atau untuk belajar.

0 comments: