BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 9, 2009

Apa yang penting...??

Kerjasama












Apa yang kita semua tahu pasal kerjasama?

Sejauh mana pentingnya kerjasama ini dalam kehidupan kita sekarang?


Dan setakat mana kita sudah mengamalkan sikap kerjasama dalam hidup kita sehingga hari ini?


Kerjasama adalah perbuatan 2 atau lebih individu yang berusaha bersama sama sambil saling tolng menolong atas dasar untuk mencapai matlamat masing masing
Adakah anda dikatakan bekerjasama apabila melakukan sesuatu pekerjaan seorang diri?


Sampai hari ini,anak anak seusia enam tahun pun sudah pandai sebut
Apa yang penting?KERJASAMA….
Lagu tema kartun kegemaran anak anak, Wonderpet.
Sebuah kartun yang bermotifkan menerap nilai kerjasama dalam diri anak anak kecil yang dilakarkan oleh kerjasama antara tiga ekor binatang kecil.


Tapi sejauh manakah kerjasama ini menjadi penting bagi kita?


Kita ambil 1 contoh mudah.



Pernahkah anda menonton perlawanan hoki 5 orang melawan 1?ataupun 5 melawan 5 tetapi dengan syarat pihak lawan tidak dibenarkan menghantar bola kepada rakan yang lain. Sama ada cuba menjaringkan gol atau membuang bola ketepi. Dari logik akal fikiran manusia, sudah tentu pihak yang sebaliknya akan menang. Hanya dengan keajaiban pihak yang terikat dengan syarat tadi boleh menang.

Kenapa?

Kerana ada bidalan portugis kuno yang berbunyi 2 kepala adalah lebih baik dari 1
Bidalan ini bukanlah bermaksud lagi banyak lagi meriah tetapi mesej yang cuba disampaikan adalah apabila 2 otak berfikir selalunya dapat menghasilkan idea yang lagi banyak dari satu otak.

Itulah pentingnya kerjasama dalam permainan hoki tadi.apabila ada yang tidak mendapat ruang,cubalah hantarkan bola kepada rakan rakan lain yang mempunyai lebih ruang,pasti akan menghasilkan gol.itulah pentingnya kerjasama.


Suatu komuniti masyarakat juga belum tentu dapat meneruskan hidup tanpa bekerjasama dengan komuniti yang lain.sebagai contoh ringkas,jarang nelayan yang menangkap ikan dan menjualnya sendiri. Selalunya mereka menggunakan khidmat orang tengah. Walau mereka menjual sendiri ikan ikan tersebut,mereka masih bergantung kepada orang lain untuk membeli dan mendapat keuntungan. Tidak ada yang membeli dan makan ikan ikan yang dijualnya sendiri. Terlalu banyak ikan untuk nelayan tersebut makan,lama kelamaan muka nelayan itu pun akan menjadi seperti muka ikan jika hal demikian berlaku.


Dalam bekerjasama titik fokus yang amat penting menurut pendapat penulis adalah kepercayaan sesama individu yang terlibat. Bayangkan sekelompok doktor pakar bedah otak sedang bekerjasama melakukan pembedahan otak yang kronis terhadap seorang pesakit tetapi doktor doktor yang melakukan pembedahan itu bersama hanyalah disebabkan atas arahan tanpa ada niat dan kepercayaan antara satu sama lain. Agaknya berjayakah pembedahan ini dijayakan?jawapanya sekali lagi keajaiban dan izin Allah S.W.T je yang membenarkan pembedahan ini berjaya. Bayangkan doktor A yang sedang membelah tempurung pesakit melihat doktor B yang menyedut darah yang mengalir keluar dari kepala pesakit itu,


Doktor A : weh buatla betul betul,sedutlah darah kat sebelah sini.
Ni haa banyak darah keluar nie…ko buat ape nie?sedutlah betul betul


Doktor B: eh dia nie,aku tahulah ape aku buat. Ko tu potonglah tempurung
tu betul betul. Kan aku sedut mulut ko baru tau….


Doktor A : eh eh..nak sedut mulut aku plak….aku tau la potong benda nie..jangan
nak ajar aku plak…opsssss….eh..mcm mane nak buat ek..aku terpotong otak dia skali la plak…..


Doktor B : erk!!!


Inilah yang tejadi jika tidak wujudnya kepercayaan dalam bekerjasama. Tapi dari sudut lain pula timbul pertanyaan pula, bagaimana nak bagi ada kepercayaan ni?


Main taruh je ke?letak je macam letak garam dalam masakan?susah juga nak percaya tambah tambah orang kita tak kenal….kepercayaan bukan lah perkara yang rumit untuk lahir dalam diri individu seperti memikirkan masalah kewangan Negara Thailand. Kepercayaan selalunya bermula dengan menghormati individu lain. Jika kita tidak menghormati individu tertentu macam mana kita nak mempercayai dia……begitulah formulanya tetapi jangan meletakkan kepercayaan yang berlebihan yang mungkin memakan diri anda sebagai prajurit didunia bersaing hari ini. Orang yang menghormati kawan dan musuhnya selalunya dapat menguasai kawan dan musuh. Dah macam ceramah motivasi pula.haha..



Sesetengah orang berkata..ala hormat jela…ala hormat je pun…tetapi pernahkan anda betul betul memikirkan adakah anda menghormati orang lain?ataupun anda memegang prinsip `ko hormat aku, aku hormat la ko’? Islam mengajar umatnya supaya sering memuhasabahkan diri dalam erti kata lain,analisis balik apa yang diri kita dah buat,betul ke tidak, cukup ke lebih.


Tidak salah jika kita menghormati orang yang sering bermain disekeliling kita setiap hari. Bos, guru-guru, kawan kawan, rakan sejawat dan lain lain. Dengan menghormati mereka selalunya mereka juga akan menghormati kita, lantaran mulalah kepercayaan itu timbul.


Sebagai penutup,sekali lagi ingin digambarkan disini kerjasama dan kepercayaan melalui satu contoh. Situasi dalam satu pasukan bola sepak. Jika terdapat seorang penyerang yang hebat tetapi tidak menghormati dan percaya kepada ahli pasukannya sendiri, sering memaki dan marah atas kesilapan ahli lain sedangkan ketika dia bebrbuat silap ahli lain hanya diam. Agaknya ahli ahli pasukan yang lain akan menghantar bola kepadanya atau tidak? `eleh dia pun tak percaya kat aku, buat ape nak pass kat dia’. Apabila jarang mendapat bola dari ali lain,dapatkah penyerang tadi mempamerkan kehebatannya? Walaupun dia dapat menjaringkan gol, hanya dia seorang yang seronok sedangkan ahli lain `eleh mula la tu berlagak. Gol nasib je pun’. Selalunya apabila seorang permain bola menjaringkan gol, sudah pasti beberapa orang rakannya akan turut meraikan gol tersebut bersama tetapi pernahkan anda melihat situasi dimana apabila seorang menjaringkan gol dan hanya dia seorang yang meraikan dan tersenyum sedangkan rakan yang lain tidak kelihatan gembira. Sudah pasti pemain tadi akan berasa sedikit malu.


Kerana situasi itu jelas menunjukkan ahli lain tidak menyukainya.kenapa? mengkin kerana dia tidak menghormati dan percaya kepada rakan yang lain.justeru tidak terhidup kerjasama dalam pasukan ini. Sekian ceramah ini.

0 comments: