BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 17, 2009

Hati dakwat



Judul : Inkheart
Pengarah : Iain Softley
Pelakon : Brendan fresar, Sienna guillory, Eliza bennet, Paul betany dll.
Genre : keluarga, fantasi dan adventure
Durasi : 106minit
Rating penulis :


Inkheart merupakan sebuah filem yang berkisar tentang seorang lelaki yang mempunyai keupayaan menghidupkan atau membawa keluar sesuatu watak dari novel yang dibaca dengan cara membaca secara kuat, Mo 'Silvertongue' Folchart yang dilakonkan oleh Brendan fresar dan anak perempuannya berusaha mencari sebuah novel berjudul Inkheart yang dipercayai isterinya telah masuk ke dalam novel tersebut sebagai tukaran terhadap watak yang hidup selepas dia pertama kali membaca novel tersebut kepada anaknya. Beberapa watak telah dibawa keluar antaranya Dustfinger seorang yang mempunyai kebolehan mengawal api dengan tanganya dan Capricorn, seorang watak jahat yang cuba menguasai dunia dengan askar2nya.






Cerita ini digarap dengan baik, bagaimana tema fantasi diterapkan dalam minda para penonton. Memberi imaginasi sejenak kepada penonton tentang bagaimana jika apa yang kita baca secara kuat betul betul keluar dan wujud. Tidakkah mudah bagi kita melakukan sesuatu dalam hidup dengan begitu? Pasti ramai yang menginginkan begitu.





Bila kita baca pasal duit,keluar duit. Bila baca pasal makanan yang enak, keluar makanan yang enak. Tanpa perlu berusaha dan bekerja keras hanya membaca sahaja. Tetapi kesulitan tetap dapat imbul apabila suara kita serak, kita tiada suara dan lidah kita dipotong. Maka hilanglah kebolehan kita tadi.







0 comments: