BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 8, 2009

Arrhhhh

“Arhhh..damn r..fail lg…”

“ala skit lg nk lulus”

Kata kata seumpama ini sering terdengar dari mulut mulut para pelajar terutama waktu keputusan ujian keluar. Sebagai seorang pelajar, saya juga pernah menhadapi situsai sama. Dah belajar, dah stay up satu malam tapi keputusan tak memuaskan juga.

Belajar sama je dengan orang tu tapi kenapa keputusan dia lagi bagus?

Tapi saya bukan cuba merungkai masalah kegagalan tersebut. Yang cuba saya berkongsi disini adalah

Aku g kelas juga tapi fail. Dia tak pergi kelas pun lulus.

Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Cemburu terhadap kawan yang lulus ujian walaupun anda lebih rajin menghadiri kelas?

Ketika anda menghadiri kelas…dia nyenyak tidur di bilik
Ketika anda cuba mendengar kuliah..dia dibuai mimpi indah…
Tetapi nilai ujian anda sama denganya atau dia lebih baik…



Tujuan penulisan ini bukanlah menambah cemburu anda atau mengapi apikan anda.tetapi lebih kepada berkongsi pendapat dan idea dari penulis dan teman teman.
Jangan pernah menyesali tindakan anda menghadiri kelas. Tiada salah nya anda menghadirkan diri ke dewan kuliah. Banyak kelebihan dan kebaikannya anda menghadirri kelas. Antaranya anda mendapat peluang berjumpa teman teman lain. Lebih peluang bersosial dan ada benda yang tidak hanya dapat melalui pembacaan buku semata tetapi harus mendengar penerangan dari seorang guru. Mungkin suatu masa mendatang dia akan menyesali kerana waktu remajanya dihabiskan tidur dibilik tanpa berjumpa dengan rakan yang lain atau sama sama belajar di ruang kuliah yang sama. Kerana apabila anda memasuki ruang atau bidang pekerjaan susah untuk menjumpai ruang atau medium yang berjiwa remaja dan ceria seperti di sekolah dan di kampus.


Kalau diterokai dan difikirkan lagi, banyak sebab dan kenapa anda gagal sedangkan dia lulus. Mungkin nasib anda kali ini tidak baik dan dia bernasib baik. Mungkin anda kurang memberi perhatian waktu kelas atau waktu belajar sedang dia meletakkan titik focus yang sangat tinggi waktu mengulang kaji pelajaran untuk menganti waktu kelas yang dia tinggalkan. Maka dia lebih berdaya saing.



Tetapi apabila dia lulus adakah dia menguasai kemahiran dan kebolehan yang anda perolehi dari ruang kuliah. Contohnya dalam skop perubatan apabila dia tidak menghadiri kuliah sementara anda dating ke kelas mendengar kuliah, menimba kemahiran seorang doctor, mendengar pengalaman pengalaman dari doktor-doktor yang lebih pakar, adakah dia akan menjadi doktor sebagus anda? Hal demikian dapat terjadi bila dan apabila anda yang pergi ke kelas tetapi anda malas mengulang kaji pelajaran. Anda merasa cukup sekadar datang ke kuliah tanpa mengulang baca nota-nota yang sepatutnya. Anda tidak menmanfaatkan apa yang anda dapat di kelas.

Setujukah anda jika dikatakn berjalan kaki ke kampus atau menaiki bas ke kampus merupakan salah satu usaha anda Berjaya. Usaha anda menuntut ilmu. Maka apabila anda telah berusaha dengan betul, ikhlaskan niat insyAllah akan membuah kan hasil. Kerana sesunguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha mengetahui. Asalkan ikhlaskan niat anda. Dan apabila masih belum berbuahkan hasil maka sabarlah kerana sesunguhnya kesudahan yang baik bagi orang yan sabar dan ikhas mengerjakan sesuatu yang baik. Kerana menuntu ilmu juga merupakan salah satu jihad untuk di zaman sekarang.

Akhir sekali lagi dikatakan penulisan ni bukanlah bertujuan mengapi apikan sesiap atau mengadu dombakan mana mana pihak tetapi sekadar berkongsi idea untuk difikirkan bersama kerana ada teman teman yang stress atau tertekan setiap kali nilai ujian keluar.

Dan ingatlah seseorang itu tidak mutlak gagal apabila sanggup bangkit semula dari kegagalannya tidak kira berapa kali pun dia gagal tetapi seseorang itu terlihat gagal apabila tidak berusaha sepenuhnya untuk bangkit dari kegagalannya walalu hanya sekali.


Begitu juga, untuk berada diatas atau menjadi nombor satu tidaklah senang tetapi lebih sukar untuk tetap menjadi nombor satu dan mengekalkan tempat diatas itu untuk ke sekian kalinya…..sekian.